yang Pertama : Sesuatu Yang Pergi Takkan Kembali,aku tahu perkataan itu terlalu luas untuk dikembangkan/ditafsirkan.Bagiku setiap orang itu mempunyai cara fikir yang tersendiri maka fikirlah kamu dengan apa yang kamu inginkan tentang kenyataan ini tapi janganlah kita lupa untuk bersangka baik dalam berfikir supaya tidak dimasuki fikiran-fikiran yang kotor.Dengan kata lain sesuatu yang telah kau Lepaskan dan kau memutuskan untuk tidak kembali padanya harus dan mestilah kau pelajari dari itu sekiranya sesuatu itu tidak kembali padamu kerana kau telah berkeputusan untuk melepaskannya dari awal.Bila difikirkan semula rupanya segelintir manusia ada yang sifatnya mahu kepada sesuatu yang telah dia lepaskan dan pketika itu dia lupa dengan pepatah orang zaman sekarang "Life Must Go on" dan ketahuilah apa yang telah kau lepaskan itu telahpun membuat arahnya dan secara tidak sedar ianya jauh sekali darimu dan mungkin keadaanya tidak seperti dulu atau lebih teratur dari dulunya dan apabila penyesalan yang datang pada kita ketika itu janganlah kita mengeluh keberatan kerana itulah keputusanmu dan orang lain tidak mempunyai kuasa terhadap apa yang telah kau putuskan maka berhati-hatilah dengan apa yang kau putuskan
semua orang mempunyai rasa menyesal dan menyesal itu sendiri diantara definisinya adalah : Apa yang datang selepas perbuatanmu yang tidak mahu kau buat/perbuatan jahatmu.Dan menyesal itu umpama api membara yang sedang memakan rumah kayu dan tak mungkin tidak boleh dipadamkan berbeza dengan api yang boleh dipadam dengan air dan benda-benda lain kerana itu kita mesti fokus dalam apa yang kita buat supaya penyesalan tidak muncul selepas satu pekerjaan dan kita mesti kosisten dan tegaslah dalam pekerjaanmu dan teruskan berusaha sekeras-kerasnya untuk tidak memberi peluang kepada penyesalan untuk datang lagi dalam perjalanan kita.Itu maknanya buatlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri dan pada masa yang sama janganlah lupa untuk fikirkan pendapat orang lain dan terimalah pendapat mereka asal tidak terkeluar dari apa yang telah digariskan dalam agama.Ya betullah jika kau mengatakan manusia itu fikirannya tak sama tapi ketahuilah ada orang yang telah dan dapat membetulkan dirinya hanya dengan pendapat manusia yang lainnya dan ketika kau mendengarkan pendapat orang lain maka tugasmu adalah Buang yang keruh,Ambil yang jernih.Dan pastikan apa yang akan kau lakukan selepas ini tidak menyesalkan dirimu dan memarahkan yang lainnya.
















